Hutang Belum Langsai

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Dua hari lepas, aku keluar berjalan-jalan nak tengok wayang cerita Hobbit. Singgah la makan di sebuah restoren makanan segera. Dalam suasana menjelang perayaan krismas, restoren tu pun ceria laa dihiasi sesuai dengan tema perayaan.. Situasi yang sama di mana-mana perniagaan francais tambahan lagi yang dalam bidang makanan.

Aku lihat pekerja-pekerjanya memakai uniform kerja restoren ditambah topi santa. Ada yang bertugas melayan pelanggan dok bawak karung kecil warna merah bagi goodies kat budak-budak..

Aku yakin, bukan di situ sahaja, malahan mungkin di seluruh negara, mungkin sedunia. Srategi pemasaran yang menarik. Tapi.. Makanan hari itu hilang sedapnya…

Bukan tak sedap, tapi apa yang berlaku buat aku rasa tak sedap.. Pekerja restoran hampir semua berbangsa melayu dan aku yakin mereka orang islam. Topi macam santa, beg karung goodies tulis “Merry Xmas”, tapi tak ada yang pandang pelik ke? ye.. aku pandang pelik, tapi aku tak tanya dan tegur, disitu satu hutang aku..

Jadi apa yang masaalahnya? Setakat pakai topi, pakai aksesori je pun..

Itu lah masalahnya.. Fikiran kita.. nampak yang tersurat je.. kalau orang islam junjung bible baru akan kecoh, kalau orang pegang babi pegang anjing baru nak kecoh.. artis pegang-pegang xde pun kecoh.. alasan, mereka profesional.. tak pun, lantak diorang laa.. bukan hal aku pun.

Selagi bukan perkara fizikal, bukan pasal anjing, bukan pasal babi orang kita tak akan ambil peduli..

Kalau ada orang islam yang pegang bible, pasti akan heboh satu dunia. sedangkan belum tentu dia membacanya mahupun percaya.. Tapi seorang islam dalam kerjanya perlu memakai pakaian seperti santa, seperti mereka yang menyambut krismas, tak ada yang kisah.. Walhal itu sungguh bahaya dan menakutkan!

Tidak ke kita risau, dengan mereka berbuat demikian terpesong akidah mereka? Tidak ke kita risau jika dari itu syirik mereka tanpa mereka sedar? Merry Krismas, ucapan itu sahaja sudah haram diucapkan umat islam kepada orang bukan islam..

Kenapa? Kerana sambutan krismas itu adalah sambutan peristiwa kelahiran jesus pada orang beragama kristian. Dalam erti kata lain yang dinyatakan dalam sebuah laman sebuah gereja, krismas adalah sambutan peristiwa tuhan mereka lahir dalam bentuk manusia!

Parah!! Bila pakai tudung macam rahib dituduh meniru orang kristian. Bila pakai lingkaran daun&bunga kat kepala dikatakan meniru agama orang greek silam. Tapi bila situasi begitu semua pandang sepi.. Parahh!!

Kanak-kanak yang dapat goodies masa sambutan perayaan krismas ni suatu hari akan jadi dewasa. Dan dek membesar dalam situasi begini mereka akan jadi biasa. Mereka akan menganggap perkara itu perkara biasa, tak salah disambut kerana tiada yang menghalang..

Ye laa kan, selagi orang kita yang pakai pakaian gitu bukan pegang arak, atau benda haram tak akan ada yang peduli.. tak akan ada NGO-NGO, orang-orang politik, aktivis-aktivis yang melaungkan protes.. protes dalam hati je.. Hutang yang semua ambil tapi tak bayar..

Sekiranya dek kita mmbiarkan perkara ni berlaku dan terus berlaku.. perayaan demi perayaan, tak kisah laa krismas ke apa ke.. tahun demi tahun.. generasi demi generasi.. dan akidah mereka terjejas dek ini.. mampukah kita bayar hutang ni pada mereka? mampukah kita jawap depan Allah nanti? bila saat itu mereka menuding pada kita kerana membiarkan dan tak berkata apa?

Mungkin apa yang terjadi pada Malaysia pada tahun ini, punca dari sikap kita yang pandang sepi hal yang penting tapi dok sibuk yang remeh temeh..

Barangkali.. bukan solat hajat yang kita perlu lakukan, tapi solat taubat..

Teringat khutbah jumaat siang tadi,
“sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, kau akan mengikut mereka, sehingga mereka masuk ke lubang biawak pun kau akan ikut”

Wallahualam…

yg berhutang,
Muhamad Fadhli

Advertisements

3 responses to “Hutang Belum Langsai

  1. assalamualaikum..
    maaf bertanya.macam mana kalau org Islam itu hanyalah pekerja yg bekerja di syarikat itu dan sebagai pekerja die hanya menurut perintah bos supaya b’pakaian seperti itu?

    Like

    • waalaikumsalam w.b.t..

      Dalam islam, seseorang itu wajib mentaati ibubapanya selagi mana tidak bertentangan dengan hukum Allah. Sekiranya seorang bapa menyuruh anak nya mencuri, dan anaknya mengikut arahan tersebut sedangkn si anak tahu mencuri itu haram, maka berdosalah keduanya.. ketaatan pada manusia, hanya selama ketaatan itu tidak bertentangan dengan ajaran islam.

      Mentaati majikan dalam perkara yang bertentangan dengan ajaran islam bukanlah satu perkara yang wajib, malah dilarang sama sekali. Larangan Allah tetap larangan selagi tidak sampai keadaan darurat. Sekiranya tak ikut boleh datangkan bencana lain la ceritanya.. Tapi rezeki ada dimana-mana sekiranya kita betul mencari.. InsyaAllah..

      Sekiranya telah berlaku, mohonlah keampunan Allah. InsyaAllah ada cara untuk tidak perlu ikut dalam hal sebegitu.

      Wallahualam…

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s