Mari kita bersyukur

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, petang tadi semasa memasukkan kambing kedalam reban tak pakai banyak masa pun,
kalau tak kena pusing keliling kampung nak cari kambing-kambing tu..hehe

Jadi masa sedang pintu reban kambing tu, terlintas di fikiran.. eh,lupa nak ucap alhamdulillah..
sedangkan semasa hari-hari lain bila kambing tak balik-balik, bersusah payah den nak cari.. kadang ada rasa nakmenyumpah pun ada..
tapi bila urusan Allah dah bagi mudah, terlupa lak nak bersyukur..
itulah kan kita… manusia..

seringkali, kita rasa berat dan susah bila… ada nikmat Allah yang Dia beri, tiba-tiba Allah tarik balik..
selalu kita sihat, tiba-tiba datang sakit
selalunya ada duit, datang la masa yang duit xde
ujian… Ujian Allah semuanya

Masa tu lah, kita teringat alangkah indahnya kalau masa sihat
alangkah indahnya masa senang.. masa tu kita sangat-sangat hargai nikmat yang kita pernah dapat..

tetapi, bila tiba masanya, yang sakit dah jadi sihat, yang susah dah jadi senang..
terus kita lupa nak bersyukur..

kalau orang yang sakit gigi, masa sakit nak tido pun tak boleh, bila dah sihat, terlupa yang masa sakit payahnya nak
mengunyah, payahnya nak bercakap.. dan terus lupa nak bersyukur…

Jadi pada hari ini, ketika dan saat ini, mari sama-sama kita mengucapkan alhamdulillah..

ya Allah, kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau telah berikan, dan kami bermohon keampunan atas segala kelalaian kami..

Assalammualaikum..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s