Projek R&R (Ragut dan Rayau)

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. Pada hari Ahad, 17 Mei 2015 lepas selesai projek kawasan R&R buat kambing-kambing den.. hee.. alhamdulillah.. 😀

Berikut merupakan gambaran kawasan ragut dan rayau tersebut kalau mengikut peta pokcik guugel.. 🙂

PELAN RAGUT DAN RAYAU

Kawasan rayau ni adalah kawasan antara anak sungai (2 garisan biru) dan parit air(garisan biru muda) dari sawah. Di kiri air, di kanan air.. haha.. 2 pagar di kawasan yang bergaris hijau muda, dan 2 pintu pagar di jambatan dan laluan ke sawah..

Kalau mengikut kiraan dari peta guugel, dianggarkan kawasan rayau sepanjang 380meter.. luas kawasan antara 3 – 5 meter sepanjang laluan.. tak pasti la cukup atau tidak buat 13 ekor kambing, bulat-bulat je perut mereka bila petang, tapi tetap semak semak juga kawasan rayau tu.

Mungkin asbab dari kesan baja dari air kawasan sawah yang mengalir ke parit menyebabkan pokok-pokok dan rumput rumpai yang ada segar-segar kot.. den tak pasti.. wallahualam..

kawasan rayau ni sudah beberapa ketika den pakai, tapi baru semalam siap buat pintu pagar..

Jpeg

sekian.. haha…

Jpeg

kambing-kambing masuk ke kawasan ragut dan rayau 😉

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s