Demi Masa..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Selawat dan salam buat baginda Rasulullah Muhamad s.a.w

Sungguh telah di abadikan di dalam kalam Allah, dalam surah Al-Asr;

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka  berpesan-pesan dengan kebenaran serta dengan sabar

Setelah sekian lama tidak menulis di halaman ni, hari ini telah Allah gerakkan hati aku untuk melihat kembali tulisan-tulisan lama. Mengimbau kenangan lalu. Bertapa masa telah berlalu, dan aku serta sekelilingku banyak telah berubah.

Sedar tidak sedar, dahulu ketika aku mula berjinak menternak kambing, dengan belian pertama dua ekor anak kambing betina. Kambing pula tinggal di dalam reban. Sekarang dari dua ekor anak kambing tersebut, seekor dah pun mati. Tinggal anaknya yang sekarang sudah beranak untuk kali pertama. Kemudian aku beli lagi dua ekor kambing betina, dan keduanya telah pun mati. TingIMG_4155gal anak-anak kambing dari keduanya. Ada lagi yang aku beli, sepasang anak kambing. Tapi yang itu pun mati keduanya, tak sempat membesar. Allahu…

Sekarang, dari enam ekor kambing yang pernah aku beli, tinggal seekor yang masih hidup. Selebihnya adalah anak-anak kambing dari kambing yang dah mati tu; seekor jantan, seekor induk, dan 3 ekor anak kambing.

Macam-macam yang terjadi, bukan kambing ternakan aku je, yang kambing-kambing abah pun banyak yang mati. Dugaan, Allah bagi dugaan.

Tapi dahulu dengan sekarang, berbeza.. Dahulu kambing dalam reban, sekarang dah ada kandang hasil kerja abah dan kami adik beradik. Alhamdulillah..

Benar banyak jerih yang perlu ditempuh, dan masih jauh perjalanan nak berjaya. Tapi dalam setiap perkara ada hikmahnya. Mungkin sahaja hikmahnya tidak nampak hari ini, mungkin esok lusa, tahun depan, atau hari-hari mendatang, atau di akhirat sana. Wallahualam.

Dalam rasa banyak terkurang, dalam tak sedar, banyak jua yang telah bertambah baik.

Kesimpulannya, jangan biarkan kesusahan yang datang, mengaburkan pandangan kita terhadap apa yang telah kita dapat sepanjang perjalanan kita tu.

Alhamdulillah.. 🙂

 

 

Aku Penternak Kambing

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji sebanyak-banyaknya kepada Allah pemilik sekalian alam.IMG_6002

Pada 15 Jun 2015 sekitar 8 malam, salah seekor kambing den telahpun beranak, hehee… Alhamdulillah, ni kali pertama ada kambing yang den punya yang Allah bagi amanah, beranak. Selalunya yang beranak kambing-kambing abah walaupun den jaga dari kecik. Hoyeahhh!! Teruja sangat. Hahaa

Dengan ini, baru ada keyakinan nak kata diri ni penternak kambing.. hehe

Induk kambing yang beranak (Tama), dibeli pada 23 Mac 2015. Kambing-kambing den yang lain beli masa anak kambing lagi, 2 ekor je yang beli induk si Tama dan Shiro. Kedua-duanya dibeli 23 Mac 2015.

Anak kambing yang lahir, sepasang, yang jantan 2.32kg, betina 2.47kg.

IMG_5998
anak kambing betina : 2.47kg

 

 

IMG_6001
anak kambing jantan : 2.32kg

Sekian.. Alhamdulillah..

Selamat Menyambut Ramadan. 😀

Projek R&R (Ragut dan Rayau)

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. Pada hari Ahad, 17 Mei 2015 lepas selesai projek kawasan R&R buat kambing-kambing den.. hee.. alhamdulillah.. 😀

Berikut merupakan gambaran kawasan ragut dan rayau tersebut kalau mengikut peta pokcik guugel.. 🙂

PELAN RAGUT DAN RAYAU

Kawasan rayau ni adalah kawasan antara anak sungai (2 garisan biru) dan parit air(garisan biru muda) dari sawah. Di kiri air, di kanan air.. haha.. 2 pagar di kawasan yang bergaris hijau muda, dan 2 pintu pagar di jambatan dan laluan ke sawah..

Kalau mengikut kiraan dari peta guugel, dianggarkan kawasan rayau sepanjang 380meter.. luas kawasan antara 3 – 5 meter sepanjang laluan.. tak pasti la cukup atau tidak buat 13 ekor kambing, bulat-bulat je perut mereka bila petang, tapi tetap semak semak juga kawasan rayau tu.

Mungkin asbab dari kesan baja dari air kawasan sawah yang mengalir ke parit menyebabkan pokok-pokok dan rumput rumpai yang ada segar-segar kot.. den tak pasti.. wallahualam..

kawasan rayau ni sudah beberapa ketika den pakai, tapi baru semalam siap buat pintu pagar..

Jpeg

sekian.. haha…

Jpeg
kambing-kambing masuk ke kawasan ragut dan rayau 😉

Mari kita bersyukur

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, petang tadi semasa memasukkan kambing kedalam reban tak pakai banyak masa pun,
kalau tak kena pusing keliling kampung nak cari kambing-kambing tu..hehe

Jadi masa sedang pintu reban kambing tu, terlintas di fikiran.. eh,lupa nak ucap alhamdulillah..
sedangkan semasa hari-hari lain bila kambing tak balik-balik, bersusah payah den nak cari.. kadang ada rasa nakmenyumpah pun ada..
tapi bila urusan Allah dah bagi mudah, terlupa lak nak bersyukur..
itulah kan kita… manusia..

seringkali, kita rasa berat dan susah bila… ada nikmat Allah yang Dia beri, tiba-tiba Allah tarik balik..
selalu kita sihat, tiba-tiba datang sakit
selalunya ada duit, datang la masa yang duit xde
ujian… Ujian Allah semuanya

Masa tu lah, kita teringat alangkah indahnya kalau masa sihat
alangkah indahnya masa senang.. masa tu kita sangat-sangat hargai nikmat yang kita pernah dapat..

tetapi, bila tiba masanya, yang sakit dah jadi sihat, yang susah dah jadi senang..
terus kita lupa nak bersyukur..

kalau orang yang sakit gigi, masa sakit nak tido pun tak boleh, bila dah sihat, terlupa yang masa sakit payahnya nak
mengunyah, payahnya nak bercakap.. dan terus lupa nak bersyukur…

Jadi pada hari ini, ketika dan saat ini, mari sama-sama kita mengucapkan alhamdulillah..

ya Allah, kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau telah berikan, dan kami bermohon keampunan atas segala kelalaian kami..

Assalammualaikum..

Kelahiran Anak Kambing Baru!! Hoyeahhh!!

image

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalammualaikum wa rahmahtullahi wa barakahtu.. hehe

Alhamdulillah.. Masa balik dari kerja td, jenguk reban kambing..

image

si Merah da beranak!! Dua ekor anak kambing betina.. whee!! teruja tol aku rasa. Abah dan Mak kata beranak masa tengah hari.. hehe.. lebih awal dari jangkaan den ni.. jarak dari kelahiran sebelum ni, 193 hari. 3 Mei 2014 & 13 Nov 2014.

image

si Coklat dan Si Hitam(kembar anak si Merah yg lahir 3 Mei 2014) sibuk nak jenguk.. tak tahu la sebab nak tengok adik-adik diorang atau mengharapkan aku bagi biskut.. haha

image

kat belakang Merah tu ruang si Koko dan Kari.. hehe

Apa kaitan gambar kat atas sekali tu? hehe.. aku nk panggil anak kambing ni si Kopi dan Mocha. Kopi yang Hitam tu, Mocha yang coklat.. hehe.. Terus den kata kat abah, nak anak kambing yang coklat tu.. hehe.. sebab nak baka si Merah dengan Jaras(hilang raya puasa). Lagipun si Merah ni 3 kali beranak, tiap tu gak kembar 2.. marbeles!! 🙂

Dek teruja tengok anak kambing, dengan masih pakai baju batik aku da masuk dalam reban.. haha..

image

bawak baldi, spray lalat untuk spray tali pusat, penimbang bagasi, dan jaring untuk alas lantai.. alhamdulillah ada simpan jaring walau pendek.. heee

Kopi – 1.990kg
Mocha – 1.830kg

Sekian setakat ini.. hehe..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Rekod Kambing 2014

Rekod kambing-kambing den jaga setakat ini..

Kambing yang mula dibeli – 2013
Jaras – hilang sejak raya puasa (pejantan yang mula-mula abah beli)
Merah – 4 kali beranak : anak 1, kembar 2 (sept 2103), kembar 2 (3 Mei 2014), kembar 2 (13 Nov 2014)
Hitam – anak si Merah (mati selepas beberapa hari beli)

September 2013
kelahiran anak kambing *kembar 2
Anak Merah : Jantan
Anak Merah : mati lepas beberapa hari hilang *2013

lahir 3 Mei 2014
kelahiran anak kambing *kembar 2
Anak Merah : Coklat -betina
Anak Merah : Hitam -betina

12 Oktober
Beli anak kambing
Koko – betina (tak tau baka apa, telinga panjang)
Kari – betina (tak tau baka apa,telinga sederhana panjang)
kali pertama beli anak kambing.. hehe..

14 Oktober 2014
sesi timbang petang
Koko – 8.660kg
Kari -8.700kg

15 Oktober 2014
sesi timbang petang
Perang/Coklat -17.81kg
Hitam -16.5 kg

8 November 2014
sesi timbang pagi
Koko – 8.295kg
Kari – 8.020kg
Hitam – 17.800kg
Coklat – 19.935kg

timbang petang
Koko – 9.415kg (+1.120kg)
Kari – 8.955kg  (+0.935kg)
Hitam – 19.885kg (+2.085kg)
Coklat – 21.945kg (+2.010kg)
Jantan – 29.99kg

*** risau tengok perubahan berat si Koko & Kari, mungkin sebab minggu pertama aku letak rumput+daun, minggu kedua ikat bagi dia makan, minggu ketiga lepas dia merayau.. tu yang tak naik sangat kot.. wallahualam.. kena tunggu timbang bulan depan lak..

13 November 2014
kelahiran anak kambing *kembar 2
Merah beranak – jarak kelahiran 193 hari
Kopi – 1.990kg  *betina
Mocha – 1.830kg *betina

Susu oh Susu..

Assalammualaikum..

Tadi bila kat kedai, ada pakcik ni tegur “malam minum susu?”, dan aku pun jawap la.. “Biasa laa.. nak tambah tinggi.” Haha…

Aku memang suka minum susu.. Susu segar yang tak ada perasa tu.. Kalau susu kambing lagi la suka. Tapi apakan daya, kat kedai jual susu lembu je.. haha.. jadi la..

Antara sebab aku bela kambing, sebab suka minum susu la.. haha.. Tapi sekarang belum mampu nak ada kambing susu lagi.. Belum rezeki..

InsyaAllah.. Kambing-kambing yang sekarang sebagai ruang untuk cari pengalaman dan blajar cara nak uruskan kambing.

Sekian.. Saje je nak cuba terbitkan artikel pakai aplikasi android WordPress.com.. tah apa la jadinya nnt.. haha

Menambah Suai Kandang Sahabat

dengan anak kambingAssalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. Sabtu lepas aku berpeluang menjenguk anak-anak kambing seorang sahabat kat kampung ni.. Geram pulak tengok,  comel-comel blake.. Manja pulak tu..

Sebelum balik sempat la jenguk kandang dia sekejap. Bila nampak kandang lama dia, tanya laa pakai lagi ke tak? Dia kata tak pakai dah. Bila den kata papan-papan kandang lama tu boleh guna buat ruang anak kambing sebab dalam kandang dia tu tak ada ruang khas untuk kambing beranak atau anak kambing, dia kata tukang kayu kata yang papan-papan tu takboleh pakai.

Ait, reban kambing den elok je pakai kayu terpakai. Musykil ni. Haha.. Tapi yang seronoknya, dia kata kalau den nak ambil kayu/papan yang kandang lama tu pun tak de masalah. Wahh.. Rezeki ni.. hahaha Tapi masa tu datang idea nak buat ruang kambing dalam kandang sahabat tu. Kesian tengok anak-anak kambing tu tak ada tempat berlindung dari kambing lain.

Esoknya, aku datang lagi.. Tengok kandang lama beliau, hahaha.. Nak gak tau, teruk sangat ke kayu yang ada tu. Tapi gambar kandang terlupa lak nak ambil. Berbekalkan tukul ditangan, den pun memulakan siasatan. haha.. Elok je kayu dan papan kandang lama ni, sebab asalnya tu rumah lama tabi dah ubahsuai jadi kandang. Cuma warna papan je dah tak cantik dan ada yang reput, tapi tak banyak pun. hehe..

Pusing keliling kandang lama, tengok ada pokok tumbang yang sangkut kat kandang ni. Patut la, diorang takut nak cabut papan kot ni.. Ye laa, kandang ni pun dah lama.. Jadi setelah selesai sesi ketuk mengetuk sampai biru jari ni, selesai la ruang kambing kos murah.. hahaha..

petak kambing 1

Gambar ruang baru tersebut. Ringkas kan, papan pun nampak kontra dengan kandang. haha

petak kambing 2

Pandangan dari tepi, pintu dia buat pakai kayu tempat duduk kerusi kusyen yang dah lama, hehe..

Petak kambing 3

Dah masuk kambing.. Alhamdulillah.. puas hati den. 😀

Alhamdulillah.. berbekalkan 9 batang papan lebar, 4 batang papang panjang yang di ambil dari kandang lama.. Dan juga kayu dari kerusi kusyen yang den musnahkan dengan gembiranya, siap juga kan.. Tak luak mana pun papan dari kandang tu.. 😛

*Aku rasa kalau reban kambing aku la kan, ada la luas 4 ruang kambing tersebut. Haha.. Reban kan.. 😛

Allah Maha Mengetahui

As Salam.. Salam sejahtera ke atas mu wahai makhluk-makhluk Allah, semoga kau dan aku beroleh hidayah dan rahmat dari-Nya. InsyaAllah..

Banyak aku nak tuliskan tadi, tapi bila fikirkan balik, terus aku padam semuanya. Kena tarbiyah balik diri ni. Haishhh..

Semenjak wujudnya ruang rangkaian sosial (mukabuku, twitter dll.), laman sesawang dah jadi tempat meluah perasaan lak. Kadang-kadang ada yang nk berdoa pun tulis kat internet. Allah kan Maha Mengetahui, cukup sekadar berdoa terus kepada Allah, tak perlu nak pakai perantaraan internet pun.. 😛

“Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.”  (Ayat 13 : Surah Al-Mulk)

Cukuplah kita mengadu pada Allah. Tapi kene ingat gak, bila ada masalah jangan asik doa je tak usaha, bengong namanya tu.. haha..

Sekian.

Si Koko & Kari

muka mintak makan

Assalammualaikum… hehe..

Comel tak?

Ni anak kambing yang baru dibeli pada Ahad lepas (12Oktober 2014). Asalnya nak cari kambing betina yang umur setahun atau 2 tahun. Tak terjangka pula akan beli anak kambing. 😛

Pada hari yang berkenaan, bertemankan Cik Nabyla, kami pun berangkat ler ke kandang untuk tengok kambing. Walaupun baru je sampai rumah dari kursus kat Kuala Pilah nun, dek teruja nak tengok kambing panas pun redah juga. hehe..

Sesampainya di tempat yang dituju, kami dijemput oleh kawan tuan kambing sebab tuan kambing ada hal. Jadi berangkat la ke kandang tersebut. Bila naik ke kandang, alamak! Mungkin sebab dah biasa melihat kambing abah tu gemuk-gemuk dan berkilat, terasa terkejut bila tengok keadaan kambing yg ada yang tak berapa nak berisi kat sana, hehe..

Jadi bermula la tugas cik Nabyla kita, memeriksa kambing. Apa kan daya, tak ada pula kambing yang kami berkenan (fizikal + kesihatan). Sementara periksa kambing dan tunggu tuan kambing sampai, borak le dengan kawan beliau. Tanya la, anak-anak kambing ada tak, Alhamdulillah, banyak rupanya. hehe.. Terlintas kat fikiran, alang-alang dah sampai, tengok anak kambing pun ada baiknya kan. 😉

Bermula la kerja menghalau anak-anak kambing yang dah keluar meragut oleh tuan kambing. kesian tengok beliau menghalau sesorang, kami pun ikut la tolong halau sekali. hehe, sambil tengok mana satu yang aktif.

IMG_4159Bermula la lagi sekali tugas cik Nabyla memeriksa keadaan anak-anak kambing ni. Kambing yang kami sasarkan nak beli tak berapa sihat pula bila diperiksa, jadi beli la 2 ekor anak kambing betina yang agak sihat. Siap melompat terjun kandang lagi, sah sihat dan cergas dua-dua anak kambing ni. haha..

Alhamdulillah..

Harini dapat timbang anak-anak kambing tu, penimbang mudah alih baru sampai hari ni tadi. 😛 Anak kambing tu letak nama Koko pada yang telinga panjang, yang telinga pendek panggil Kari, sebab warna macam kain kena kesan kari, hahaha..

IMG_4155Koko berat dia pada 14 Oktober 2014 = 8.660kg

Kari berat dia pada 14 Oktober 2014 = 8.700kg

Ternyata telinga panjang tak melayakkan si Koko melebihi berat si Kari. 😛

Boleh tahan ringan juga ni, tak apa.. Cabaran nak berusaha menjinakkan dan menyihatkan kedua ekor ni seperti anak-anak kambing kampung yang ada, si Hitam dan si Coklat.

Setakat hari ni, baru Koko je yang mula reti bila bagi beskot, haha.. Hingga menjilat jari..

IMG_4152Alhamdulillah, segala urusan selesai dengan baik. Alhamdulillah juga dikurniakan Allah sahabat seperti cik Nabyla yang reti nak periksa kambing, haha.. aku tak reti ooo.. Terima kasih awak! 😀

Ada pengajaran yang aku dapat dari perjalanan ni. Apa yang kita kata itu doa. Sebelum ni aku selalu kata nak beli anak kambing sebab nak latih dari kecik lagi. Sekali bila datang nak beli yang umur setahun dua, Allah takdirkan yang aku beli bukan kambing dewasa, tapi anak kambing seperti yang aku dok kata berharap nak cari. Alhamdulillah..

*sasaran esok : timbang si Hitam dan Coklat. hehe..